Sunday 7 September 2014

KHASIAT IBU KALIMAH Part 1




Keilmuan ini bila dikuasai pada tahap tinggi anda boleh melakukan pemagaran ghaib jarak jauh.Contohnya anda boleh memagar kenderaan,rumah,pejabat,kebun dan macam-macam lagi.

Hubungi saya segera,insyaAllah saya akan membimbing anda ketahap yang maksima dalam penguasaan ibu kalimah ini untuk manfaat dunia akhirat,kun fayakun lahaulawala quwata illa billah.

Tuesday 2 September 2014

PENGISIAN ILMU HIKMAH IBU KALIMAH


-Illmu intipati beladiri ulamak nusantara
-Musuh terpantul dengan sendirinya jika menyerang pengamal ilmu hikmah ini
-Mampu melakukan pengisian perisai jarak dekat/jarak jauh pada sesiapa sahaja
-Mampu melakukan pemagaran ghaib jarak dekat/jarak jauh pada sesiapa sahaja
-Mampu meolah 1001 jurusan dari ilmu hikmah ini
-Mampu merawat jarak dekat/jarak jauh kaedah sentap energi gangguan jin
-Meningkatkan tauhid diri dengan amalan sifat 20 ibu kalimah
-Pengisian tahap rendah/tahap tinggi disediakan

Friday 22 July 2011

Fadhilat dan Khasiat Surah Al-Fatihah


Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda:
"Membaca Fatihah Al-Quran pahalanya seperti sepertiga Al-Quran".

Juga Nabi Muhammad S.A.W  bersabda:
" Surah Al Fatihah adalah apa ia dimaksudkan dalam bacaannya" dan "fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin."

Diantara kelebihan mengamalkan Surah Al-Fatihah:-
1. Barangsiapa membaca Fatihah beserta Bismillah diantara Solat Sunat Subuh dan Solat fardhu Subuh dengan istiqomah maka kalau ia inginkan pangkat terkbullah ia dan kalau ia fakir maka akan jadi kaya serta jika ia punya hutang maka mampu membayarnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia ada anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah.
2. Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20x setiap selesai sembahyang fardhu 5 waktu maka Allah S.W.T luaskan rezekinya,baiki akhlaknya, mudahkan segala urusannya, hilangkan kesusahannya,anugerahkan apa yang ia angan-angankan, dapatkan berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, kehidupan yang lebih baik dan ia pula anak-anaknya terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya.
3. Barangsiapa yang mengamalkan Al-Fatihah sebanyak 125x selesai solat Subuh maka ia peroleh maksudnya dan ia ketemukan apa yang dicari-cari serta sebaiknya ia panjatkan doa yang bermaksud:

"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akhirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku....."

Sunday 3 April 2011

Susuk



Definisi
Amalan memasukkan sesuatu bahan asing ke dalam badan bagi mendapatkan sesuatu kelebihan

Jenis-Jenis Susuk
  • Susuk Nyata
  • Susuk Ghaib
Susuk Nyata
  1. Susuk emas (popular-untuk pengasihan)
  2. Susuk berlian (kos tinggi)
  3. Susuk Mutiara (suara merdu)
  4. Susuk geliga buaya (nafsu)
  5. Susuk besi /beruang (kebal)
  6. Susuk bunga (pengasihan-konnnya akan keluar 40 hari sebelum mati)
  7. Susuk Raksa (kebal besi)
  8. Susuk bulu rusa (semangat waja diri)
  9. Susuk buluh Perindu (suara merdu & pengasihan)
  10. Susuk tulang manusia (kononnya boleh nampak alam jin)
Susuk Ghaib
Amalan tertentu untuk tujuan tertentu

Tujuan Pemakaian Susuk
  1. Pemanis dan seri wajah
  2. Pelaris diri
  3. Pelaris perniagaan
  4. Kebal
  5. Mencantikkan payudara @ kemaluan lelaki
  6. Hebat dalam perhubungan seksual
  7. Memulihkan dara
  8. Menundukkan musuh @ binatang
  9. Pendinding diri
  10. Menjadikan suara merdu
  11. Mengikat kasih sayang
  12. Menjadi muda
Pantang Pemakai Susuk
  1. Pisang emas
  2. Memakan buah kundur
  3. Makan makanan bercucuk seperti sate dan sebagainya
  4. Lalu dibawah jemuran kain basah
  5. Memakan labu
  6. Makan buah @ daun kelor
  7. Melihat bulan penuh dengan niat
  8. Melihat cermin dalam tempoh yang tertentu
  9. Menghadiri Majlis Pengebumian
  10. Diketuk dengan senduk
  11. Mengoyak @ memotong daun palas
Hukum memakai susuk adalah haram disisi agama islam. Bertaubatlah anda sebelum pintu taubat ditutup.

al-Quran mengatakan:
"Mereka belajar suatu ilmu yang membahayakan diri mereka sendiri dan tidak bermanfaat buat mereka." (al-Baqarah: 102)

Dalam salah satu hadis dikatakan:
"Barangsiapa meniup simpul, maka sungguh ia telah menyihir, dan barangsiapa menyihir maka sungguh dia telah berbuat syirik." (Riwayat Thabarani dengan dua sanad; salah satu rawi-rawinya adalah thiqah)
 
Susuk ini ada persamaannya dengan peniup simpul ini, iaitu dijampi susuk itu dan kemudiannya di masukkan ke dalam tubuh. 
 

Jelas, bahawa pemakaian susuk amat mampu mempengaruhi seseorang itu agar mempercayai adanya kuasa lain selain kuasa Allah. Ini juga telah diharamkan melalui hadith-hadith yang sohih sebagaimana pengharaman kepercayan kepada tangkal dan menggantungnya.
Pemakai susuk akan mula percaya dan seterusnya bergantung kepada susuk digunakan dalam kehidupan hariannya. Ketika itu, jelas mereka dalam keadaan syirik dan menanggung dosa besar.

Ilmu Salah

Apa itu Ilmu Salah?
Ilmu yang dituntut menjadi PUNCA Jin dan akhirnya membinasakan diri

Faktor Ilmu Salah kepada kehadiran jin
  • Amalan memang diketahui boleh menghadirkan jin
  • Amalan tidak diketahui boleh menghadirkan jin
  • Jin diarah guru mendampingi murid tanpa diketahui
  • Guru alam Ghaib
Contoh Aplikasi Ilmu Salah
  1. Ilmu seni beladiri
  2. Ilmu Pukau
  3.  Ilmu perubatan mistik
  4. Ilmu tenaga batin
  5. Ilmu mengurut
  6. Ilmu toyol
  7. Ilmu perbidanan
  8. Ilmu pendinding
  9. Ilmu pengasih
  10. Ilmu hiburan tradisional
  11. Ilmu kebal
  12. Ilmu tarekat sesat
  13. Ilmu susuk
  14. Ilmu Pagar

Batu Karang

Penyakit batu karang merupakan penyakit di mana batu terhasil dalam buah Pinggang yang terjadi daripada tumbuhan kristal halus hasil gabungan beberapa jenis kimia. Bahan kimia yang paling biasa menyebabkan penyakit batu karang adalah kalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali adalah asid uric, cystine dan magnesiam pospat ammonia.
Saiz batu karang pula ada yang halus seperti pasir dan ada yang besar sebesar bola golf. Kebanyakan penyakit batu karang tumbuh membesar dalam buah pinggang, kemudian akan bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing dimana ia biasanya akan menjadi bertambah besar.
Kesulitan mula akan timbul apabila batu karang menjadi terlalu besar yang boleh menyebabkan ganguan dalam perjalanan aliran air kencing. Ini biasanya akan membawa kepada penyakit di mana kuman akan merebak. Jangkitan kuman itu boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, jika penyakit batu karang tersebut tidak diubati segera.
Kejadian batu dalam buah pinggang atau penyakit batu karang ini adalah masalah yang biasa dalam saluran kencing. Dianggarkan bahawa terdapat satu hingga lima peratus dari jumlah penduduk biasanya akan mengalami menghadapi penyakit batu karang pada sesuatu ketika dalam hidup.
Sesetengah orang biasanya mengalami penyakit batu karang hanya sekali, kemudian pulih dan penyakit batu karang itu tidak berulang lagi. Bagaimanapun dalam banyak kes, penyakit batu karang adalah penyakit berpanjangan seumur hidup. Kebiasaannya orang lelaki pertengahan umur adalah lebih ramai yang mengidap penyakit batu karang ini dari kaum wanita.
Kadang-kadang penyakit batu karang ini boleh disebabkan oleh keturunan. Jika terdapat sejarah kejadian penyakit batu karang ini di kalangan ahli keluarga, sila dapatkan nasihat dari doktor.
Penyakit batu karang biasanya jarang menimbulkan masalah ketika ia mula terjadi. Tetapi bila batu karang itu beralih atau bergerak dalam ginjal atau dalam saluran kencing, ini akan menyebabkan kesakitan yang amat sangat dan pendarahan pada kebiasaannya boleh berlaku sehinggalah sesudah batu itu keluar.
Ada juga kes di mana batu karang tersekat yang akan menyebabkan kesakitan dan akan membawa bahaya bila kuman mula merebak. Jika ini berlaku biasanya tanda-tanda seperti pedih ketika buang air kecil, rasa loya dan air kencing berbau busuk akan berlaku.


Segeralah berjumpa dengan perawat Islam untuk rawatan Kaedah terapi Al-Quran.

Wednesday 30 March 2011

RUQYAH


Definisi
Ruqyah biasa dikenali sebagai jampi-jampi @ mantera. Ruqyah secara Syar'iah adalah jampi-jampi yang dibacakan oleh seseorang untuk mengubati penyakit @ menghilangkan gangguan jin @ sihir @ untuk perlindungan dengan HANYA menggunakan ayat-ayat al-quran dan doa-doa yang bersumber dari hadis-hadis Rasulullah S.A.W yang dapat difahami maknanya selama tidak mengandungi unsur kesyirikan.


Firman Allah S.W.T yang bermaksud:-
" Dan kami turunkan dari Al-Quran  suatu yang menjadi penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman". (surah Al Israa;82)

Dalam hadis yang diriwayatkan dari Aisyah R.A bahawa Rasulullah S.A.W masuk kepadanya ketika ada seorang wanita yang sedang dirawat dan dibacakan Ruqyah, lalu Rasulullah S.A.W bersabda:"Ubatilah dengan kitab Allah".

Dalam hadis diatas dapat diperhatikan Rasulullah S.A.W menyebutkan secara umum dan baginda tidak menyebutkan ayat-ayat tertentu dalam surah tertentu. Denganitu jelas sekali bahawa Al-Quran seluruhnya adalah syifa'(penawar/ubat).