Wednesday 30 March 2011

RUQYAH


Definisi
Ruqyah biasa dikenali sebagai jampi-jampi @ mantera. Ruqyah secara Syar'iah adalah jampi-jampi yang dibacakan oleh seseorang untuk mengubati penyakit @ menghilangkan gangguan jin @ sihir @ untuk perlindungan dengan HANYA menggunakan ayat-ayat al-quran dan doa-doa yang bersumber dari hadis-hadis Rasulullah S.A.W yang dapat difahami maknanya selama tidak mengandungi unsur kesyirikan.


Firman Allah S.W.T yang bermaksud:-
" Dan kami turunkan dari Al-Quran  suatu yang menjadi penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman". (surah Al Israa;82)

Dalam hadis yang diriwayatkan dari Aisyah R.A bahawa Rasulullah S.A.W masuk kepadanya ketika ada seorang wanita yang sedang dirawat dan dibacakan Ruqyah, lalu Rasulullah S.A.W bersabda:"Ubatilah dengan kitab Allah".

Dalam hadis diatas dapat diperhatikan Rasulullah S.A.W menyebutkan secara umum dan baginda tidak menyebutkan ayat-ayat tertentu dalam surah tertentu. Denganitu jelas sekali bahawa Al-Quran seluruhnya adalah syifa'(penawar/ubat).