Antara amalan yang sering dilakukan oleh tukang-tukang sihir untuk mendekatkan diri kepada syaitan ialah:-
- Mengikat mashaf al quran di bawah kedua tapak kaki (dijadikan selipar) kemudian dibawa masuk berjalan kedalam tandas
- Menulis ayat-ayat al quran dengan najis, kotoran @ darah haid di bawah dua belah seliparnya
- Menulis ayat-ayat al Fatihah secara terbalik
- Bersolat tanpa berwuduk dan kadang kala dalam keadaan berjunub
- Melakukan penyembelihan semata- mata kerana syaitan dan tidak menyebut nama Allah ketika menyembelihnya, kemudian hasil tersebut di letakkan di tempat-tempat tertentu yang sememangnya khusus bagi syaitan
- Melakukan pemujaan terhadap cekrawala-cekrawala langit disamping turut mengabdikandiri hanya kepadanya dan tidak kepada Allah S.W.T
- Mengadakan hubungan kelamin dengan ibu kandung dan anak perempuannya sendiri
- Menulis lafaz-lafaz (azimat @ jampi serapah) bukan dalam bahasa arab asli bahkan kadangkala ianya membawa makna kufur dan syirik
Jelasnya si tukang sihir dan syaitan masing-masing mempunyai hubungan yang amat rapat dalam usaha-usaha melakukan penderhakaan kepada Allah S.W.T.
Sekiranya anda perhatikan wajah tukang sihir maka akan nampak kegelapan kekufuran meliputi wajahnya seperti mendung hitam.
Sekiranya anda berkenalan dengan tukang sihir dengan lebih dekat lagi,anda akan menyaksikan kehidupannya termasukahbersama isteri dan anak-anaknyasendiri cukup melarat dan penuh penderitaan. Hidupnya tidak pernah tenang,tidur tak tenang, seringkali mengalami kejutan semasa tidur, fikirannya (mental) d sentiasa bergelora dan keresahan. Lebih teruk lagi apabila syaitan 'belaannya' turut sibuk campur tangan memporak-perandakan kehidupan 'tuannya' dengan isteri dan anak-anaknya sehingga mereka bergaduh sesama sendiri.
Amat besar sekali apa yang difermankan oleh Allah S.W.T yang bermaksud:-
" Dan barangsiapa berpaling dari peringantanku, maka sesungguhnya mereka akan memperolehi kehidupan yang sangat sempit (sesak). surah Tohaa ayat 124