Tuesday, 29 March 2011

JENIS-JENIS SIHIR



Patung- tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mentera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut.


Santau- nama ini cukuppopular dikalangan masyarakat melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan @ minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir.


Telur layang- tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi lalu dibalut kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.


Tangkal dan azimat- tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong beserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za'faran dan air ros.Dakwat merah tersebut ailah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam @ darah ayam jantan.Kemudian tangkal @ azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat @ malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.



 Sihir Pembenci dan Kasih Sayang- sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih @ suami isteri, manakala sihir kasih sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan kedalam minuman yang disertakan dengan jampi 3x sambil menyebut nama orang yang dihajati